CINTA HATIKU

CINTA HATIKU

Thursday, 24 March 2011

Qaisara, tunggu mama di pintu syurga...

Salam..

dear friends, saya telah selamat bersalin pada 20/03/2011 yang lalu..unfortunately, I lost my baby..Allah lebih sayangkan bayi kami..A cute baby girl @ 3.4kg and 58cm we named Arissa Qaisara Sani binti Sanizabri..

Yes, its tough but we are fine, Alhamdulillah..Kami redha dengan pemergiannya dan ujian yang Allah beri ini.Bukan rezeki kami dan kami percaya ada hikamh disebalik ape yang terjadi ni..

Doakan kami kuat menghadapi dugaan ini dan doakan yang terbaki buat saya, suami dan Qistina.Moga dimurahkan rezeki pada masa hadapan..

A note to Qaisara dari mama:

Qaisara,
9 bulan mama kandungkan Qaisara. Tak pernah terlintas dalam fikiran mama yang Qaisara akan pergi tinggalkan mama selepas 9 bulan dalam sekelip mata je..

Mama masih ingat tendangan dan gerakan Qaisara sebelum mama dibedah..Are you struggling dear?I hope not..Mama minta maaf sayang..I wish I knew..but Kuasa Allah mengatasi segala-galanya..

Tak sempat mama dengar tangisan dan rengekan Qaisara..Tak sempat mama susukan Qaisara..Tak sempat mama lihat mata Qaisara terbuka..

Tapi mama puas sebab mama sempat tatap and cium anak mama..Biarlah sekejap je mama dapat belai2 Qaisara..Sekejap je mama dapat peluk2 anak mama..Mama puas sayang..

Mama redha dengan pemergianmu sayang..Qaisara bukan hak mama..Allah lebih sayangkan Qaisara..Tunggu mama dan abah di pintu syurga ye sayang..

Takkan pernah mama and abah lupakan Qaisara..You will always be our second daughter, Arissa Qaisara Sani..Damailah kamu di sana anakku..

Al-fatihah..