CINTA HATIKU

CINTA HATIKU

Thursday, 25 April 2013

Pemadam dan Pensel

every marriage has it flaws. camne nak baiki, terpulang kite..xde yg sempurna.every now and then mesti ade rase x senang hati tentang itu dan ini.

 itu biase. name pun manusia. bile kawin 2 blueprint yg berbeza. tentu cara berfikir pun berbeza. but that is the beauty of it.

seorang kawan, tidak puas hati dengan suaminye. x beri perhatian. nafkah x bagi. x heran die. ok noted. mengadu dekat kawan lelaki .ok noted.

perempuan..its like that.we find comfort in telling our bff or someone we trust about our problem.bukan harap tolong pun.tolong dengar je.abis cerita, lega rase hati.kurang rase beban.ok noted.

nak bercerita, ceritalah..nak ngadu, mengadulah.tapi kenape take it to the next level.leave it as kawan mendengar tak boleh?bile terbit pulak rase sayang dlm hati, lg banyak kelemahan pasangan kite cari.

cube nak menjustify kenape kite dah 'tersayang' org lain.maka bende yg kecik pun habis disebut.kentut busuk pun jadi isu.hihi..mcm2..

my advice,

cik kak, bincang la dengan suami tu.turn to someone else how does it helps pun.kalau x bole jugak consult family or org yg lg bertauliah. i get it, nature pompuan suke ngadu.but leave it as that.

nak sebut kurang suami, sape2 pun boleh sebut..aku sendiri boleh nak petik alasan2 mcm yg akak bg tu.aku pun boleh nak petik suami x heran la, x bg perhatian la kalau dah xnak.

sebab no pasangan is perfect.in fact, no marriage is perfect.mane yg kurang cube baiki.ape yg pasangan x nampak,nampakkan.bincang.

kdg bile dtg tak puas hati, setan suke cucuk and bakar lagi..bende kecik pun mcm besar sgt.no offence, aku pun slalu cmtu..but aku akan slalu ingat balik the good side of my hubby.

why i love him in the first place?
aku bukan sayang die sebab nampak baiknye je.buruknye sekali aku ambik.
kentut bau cmne pun aku tau..
so bile kadang dtg tak puas hati, aku convey the message.kalau bole diam n terima, aku terima.
kenape perlu complain bnyk?suami aku pilihan aku sendiri.
suami isteri ni cermin each other.
kalau aku bnyk sangat complain, aku lebih kurang dok sebut buruk sendiri kan?
so layan suami macam mane kite nak die layan kite.

cik kak, biase la tak suke itu ini bout pasangan. do something about it.bukan tambah masalah dengan amik kesempatan mcm tu. awak jugak yang pilih suami awak tu..kalau dah rase cam jauh,

cube ingat balik nape jatuh cinta dulu,
nape itu pilihan hati,
nape kite leh terima kekurangan die sebelum ni..

bayangkan marriage kite ni sehelai kertas putih. kite suami isteri adalah pensel dan pemadam. kite yg corak kertas tu. sorang salah tulis, sorang tolong padam.sorang lukis, sorang lagi colour and touch up. bukan pi conteng sekali.

kadang yg pasangan kite lukis cantik kat mate die, kite pulak tak kenan.maka bincang..and ubah lukisan ikut yg sedap kat both eyes. bukan gi kutuk lukisan die kat majalah.get my message?

love and marriage both need extra work,extra effort.nothing comes easy.

its just my two cents..


Monday, 22 April 2013

Gerobok Hana Follow.Share.Win Campaign

Hai there sayangness..

Come and grab your chance to be Gerobok Hana lucky winners..Winning is as simple as 1 2 3!



1. Follow the blog
2. Create an entry with this title " Gerobok Hana Follow.Share.Win campaign "
3. Share this banner in the entry
4. Don't forget to include our blog link in the entry
5. Leave 'I love Gerobok Hana' comment at this entry




Giveaway runs from 15th April to 25th April 2013.
Winners will be announced on 26th April 2013.
2  Lucky followers will be randomly picked to receive amystery gift from Gerobok Hana



Please mention the code below upon your purchase with us and receive a special gift from Gerobok Hana!


Double your chance of winning by joining Gerobok Hana's contest through FB Fanpage!


Wednesday, 10 April 2013

Anak itu Amanah..

Hari tu ade orang post kat fb about 15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak..Terase nak share kat sini..Bile aku bace..Allah banyaknye kelemahan hambaMu ini membesarkan amanahMu..

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 
Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. 
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani 

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. 

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

Aku akan cube ubah mane-mane kesilapan yang aku pernah buat..Ya Allah, besar sungguh amanahMu ini..Janganlah aku lalai dan mengambil ringan tugas membesarkan anak-anak.bukan besarkan je..tapi membesarkan dengan didikan yang betul..


Tuesday, 9 April 2013

Cuti-cuti Key Ell..?

Cuti-cuti kuala lumpur ya'll last weekend..kuala lumpur?apekah?macam lah kami ni orang ganu ke orag padang jawa ke..alkisahnye Qis dah dok sebut nak duduk hotel..

Qis: mama, saye nak tido hotel..saye nak main pasir (beach) and mandi swimming pool..
Me: Adoii *tepuh dahi sambil tgn wutsapp en hubby*

So at last we decided to check in at Double Tree by Hilton on Friday for 2 nights..xleh nak gi jejauh sebab En Hubby ade kelas on weekends..So me and the girls checked in dulu on friday..So happen I have 50% voucher on the room rates and so happen I have a cousin working there.

So he was kind enough to upgrade my room to a deluxe suite but I only have to pay a guest room rate...living it like a superstar ya'll..minum petang and breakfast at its executive lounge..bergaul ngan mat and minah saleh..Tapi my Qistina..mcm berborak dengan member je with the foreigners..so proud of my girls..

Here's a few snapshot of our mini vacation..

 My lil princess..

 The girls..

 Like a superstar ya'll

 The room

 The hall..

The view from executive lounge..level 34..

We had a great weekend!the services was great and so does the room..thank you so much Abg Rizal..And thank you my darling hubby for the mini holiday!!another session soon eh?*wink*

Monday, 8 April 2013

Cerita Abah..

Terbaca entry Mama Zharfan bout kemiskinan..die post status fb Ustaz Kazim Elias.. Sebak aku bace..Satu sebab kepayahan and kesusahan family die..and another thing is the fact that his mom sampai sanggup duduk menyusukan anak dalam bas..

Allah..i would do the same..kalau dah time anak nak susu lapar, xde dah nak ingat malu or segan..kadang mase menyusu kat public orang pandang2..but buat je muke tebal..coz i'm not doing anything wrong..i'm feeding my kid!if its a crime than lock me up!

but reading her entry reminded me of my abah's story. Abah pun membesar mcm tu..bukan orang senang. There's one time we were eating dinner together, salah satu lauknye is sotong dalam tin..Aku nmpak die hirup kuah sotong tu straight from the tin..

Me: Abah, sedap ke kuah die tu..mcm x best je..
Abah: Ni la lauk abah kecik2 dulu..kak long tau tak dulu satu sotong ni wan potong kecik2 bahagi2 untuk 8 orang makan..
Me: 8 orang? kecik je sotong tu bah..cukup ke?
Abah: Mase tu dapat sepotong kecik pun nikmat makan kaklong..nasi bertambah..tu kire dah mewah dapat makan sotong dalam tin..
Me: Ala..ok abah jgn cite dah..nanti kaklong sedih jugak *sambil gosok2 belakang die..sebak dah sebenarnye*

Allahuakbar..dengar cerita abah makes me so thankful of what I have now..Sometimes kite kene selalu tgk orang yang susah dari kite baru kite tahu nak bersyukur kan?J Tgk abah senang sekarang, I'm so happy for him..he deserves it..he has gone through thick and thin to get what he has now..

Pesan abah: Jgn selalu memandang ke atas dan melihat orang yg lg lebih dari kite..selalulah pandang ke bawah pade orang yg lagi kurang..with that, kite akan rase bersyukur dengan ape yang kite ade..remember that kak long..

Ape2 yang abah dapat, he has never been selfish on it. He will always share with others. That's a trait I hope I can follow.

Alhamdulillah atas rezeki dan kurniaanMu ya Allah..