CINTA HATIKU

CINTA HATIKU

Tuesday, 22 January 2013

All Is Well..

Semua yang berlaku dalam hidup kita,perlulah kita bersangka baik sentiasa. cubalah walau merasa sangat susah dan sukar berbuat macam tu.kerana setiap yang terjadi ade hikmahnye.Allah saje yang tau..

fikirkan positif tentang semua hal yang terjadi di sekeliling kita. Walaupun berat untuk diterima, letakkan anggapan bahawa semua keinginan kita tidak dapat dipenuhi kerana hanya yang memberi keizinan adalah Yang Maha Kuasa. Setiap orang di sekeliling kita mempunyai masalah dan bebanan termasuk diri kita sendiri. Maka kita tidak seharusnya meletakkan harapan setinggi gunung dan menyalahkan orang yang sangat kita dambakan dapat membantu kita. Itulah 'husnul zhon' iaitu bersangka baik. Satu sikap mulia yang diajar dalam agama yang patut dilekap kemas dalam hati dan fikiran manusia. Semoga hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan tiada lagi istilah "masam muka" sesama sendiri ;) - dapat dari BLOG ni.

Husnul Zhon iaitu bersangka baik. The opposite of Suuzon iaitu bersangka buruk. Baru dengar perkataan Husnul Zhon ni dalam ceramah Prof Muhaya.Haah lately ni suke cari and dengar her talks.so motivational and so helpful in understanding the purpose of my life.

Bile dengar tu terase sgt banyak kekurangan diri..hihi..yang paling terkesan dalam hati saye was when she said,

Jangan sebab ujian yang hadir dalam hidup kite, kite berubah menjadi seorang yang tidak baik dan negatif. contohnya dari wanita solehah menjadi sebaliknya.Banyakkan renung diri sendiri,perbetul hubungan dengan Allah dan banyakkan bertaubat.Fokus pada anak-anak dan didik mereka menjadi ahli syurga.Jangan buang tenaga dengan sakit hati,marah dan dendam.Beri kasih sayang pada semua In Syaa Allah kite akan dapat yang sama.

It was such a wake up call. I have so much negativity in me lately. I became someone I was not before. A total opposite.Ya Allah..

Jom peeps, jom kite stay positive and always say All Is Well!

Love.

No comments: